Sunday, 26 February 2017

           TANGGUNGJAWAB TERHADAP KELUARGA BAHAGIA
  • ISI PERTAMA

SEBAGAI SURI TELADAN KEPADA 
ANAK-ANAK


  • Peranan ibu bapa dalam usaha membentuk keluarga bahagia adalah amat penting. Ibu bapa perlu menjadi ‘role-model’ kepada anak-anak. Mereka harus sentiasa menunjukkan teladan yang baik untuk dicontohi oleh anak-anak.
  •  Sebagai contoh, seorang bapa perlu berinteraksi dengan sopan dan lemah-lembut dengan isteri dan anak-anaknya. Ibu dan bapa juga perlu saling menghormati antara satu sama lain. Apabila anak-anak melihat keharmonian kedua-dua orang tua mereka, mereka juga akan meneladani sikap baik itu apabila berinteraksi sesama mereka kerana bapa borek, anak rintik.
  • Contoh yang negatif diperlihatkan oleh ibu bapa kepada anak-anak, seperti pertengkaran, maki hamun serta penderaan suami terhadap isteri bukan sahaja akan menjejaskan perkembangan jiwa anak-anak, tetapi juga akan menjejaskan hubungan dalam kalangan anak-anak. Mereka juga akan sentiasa bertengkar dan tidak menghormati satu sama lain. Jika hal ini terjadi, rumah akan menjadi neraka kepada anak-anak. Apabila kebahagiaan di rumah tidak dapat dinikmati, maka anak-anak akan berusaha mendapatkannya daripada kawan-kawan dengan berpelesiran serta melepak di pusat-pusat beli belah. Adalah lebih malang lagi jika apabila anak-anak itu berumah tangga kelak, mereka akan mengulangi sejarah yang tidak berkesudahan yang telah diwarisi oleh mereka daripada kedua-dua orang tua mereka.
  • Bapa borek anak rintik merupakan peribahasa yang sering berlegar-legar dan bermain-main di segenap kehidupan harian rakyat Malaysia. Daripada realiti ini, dapatlah kita katakan  bahawa ibu bapa perlu menunjukkan teladan yang baik. Walau bagaimanapun, terdapat juga ibu  bapa yang berperangai buruk dan menunjukkan sikap negatif seperti merogol, mendera dan sebagainya. Dalam konteks ini, ibu bapa perlu menjadi entiti mithali kepada anak-anak yang masih belum keras ubun-ubunnya sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.Sejak kecil lagi, ibu bapa perlu menampilkan sikap penyayang kepada anak-anak. Sebagai contoh, ibu bapa boleh membawa anak-anak menziarahi orang tua di kampung. Lama-kelamaan anak-anak akan mengikut tabiat yang positif ini dan masyarakat yang penyayang akan dapat dilahirkan. Tegasnya, peranan ibu bapa amat penting dalam melahirkan masyarakat yang  penyayang.

                                 Related image


                            

                                 Image result for keluarga bahagia images


No comments:

Post a Comment