Monday, 27 February 2017

Members

Image result for LOGO POLITEKNIK PTSB       Image result for logo politeknik ptsb
NILAI MASYARAKAT MALAYSIA
                (DUB2012)                 



                1. VAISNAVI A/P SUNDRAM      - 16DPR16F1005

           2. VAISHNEVI A/P ANBALAGN - 16DPR16F1036

           3. SANTHIYA A/P ALAGASON   - 16DPR16F1024

           4. HEMASRI A/P BALAGUROO - 16DPR16F1026
       
               LECTURER NAME : ENCIK ABDUL SAMAD BIN
                                                      MAT@LSA




                                             

       PENGENALAN

Image result for keluarga bahagia images
  1. Setiap manusia yang lahir di atas muka bumi pastinya mempunyai sebuah institusi kekeluargaan. Tidak kira apa juga latar belakang keluarga, kita tantunya bertuah memilik keluarga yang terdiri daripada kedua-dua orang tua iaitu ibu dan bapa, abang, kakak, adik dan sebagainya.
  2. Setiap insan di dunia ini mengidamkan sebuah keluarga yang bahagia, namun hanya mereka yang mematuhi peraturan hidup di dunia dan akhirat serta taat kepada Tuhan yang dapat menikmati kebahagiaan itu.
  3. Dalam sebuah keluarga, suami atau bapa merupakan Ketua kepada sebuah keluarga dan suamilah orang pertama yang patut memainkan peranan penting dan melaksanakan tugas sebagai pemimpin keluarga. 

Sunday, 26 February 2017


DEFINISI KELUARGA BAHAGIA
  • Keluarga berasal dari bahasa Sansekerta: kula dan warga "kulawarga" yang berarti "anggota" "kelompok kerabat". Keluarga adalah lingkungan di mana beberapa orang yang masih memiliki hubungan darah, bersatu. Keluarga adalah dua atau lebih dari dua individu yang tergabung kerana hubungan darah, hubungan perkahwinan atau pengangkatan dan mereka hidup dalam suatu rumah tangga, berinteraksi satu sama lain dan dalam peranan masing-masing dan menciptakan serta mempertahankan suatu kebudayaan.Keluarga bahagia datang daripada keluarga itu sendiri.Kita haruslah bertolak ansur sesama keluarga untuk mewujudkan kekeluargaan yang bahagia.Dengan itu,kita boleh mewujudkan kebahagiaan antara keluarga.


                Image result for keluarga bahagia images
                   
            
                                
                                 
                                   
                               





           TANGGUNGJAWAB TERHADAP KELUARGA BAHAGIA
  • ISI PERTAMA

SEBAGAI SURI TELADAN KEPADA 
ANAK-ANAK


  • Peranan ibu bapa dalam usaha membentuk keluarga bahagia adalah amat penting. Ibu bapa perlu menjadi ‘role-model’ kepada anak-anak. Mereka harus sentiasa menunjukkan teladan yang baik untuk dicontohi oleh anak-anak.
  •  Sebagai contoh, seorang bapa perlu berinteraksi dengan sopan dan lemah-lembut dengan isteri dan anak-anaknya. Ibu dan bapa juga perlu saling menghormati antara satu sama lain. Apabila anak-anak melihat keharmonian kedua-dua orang tua mereka, mereka juga akan meneladani sikap baik itu apabila berinteraksi sesama mereka kerana bapa borek, anak rintik.
  • Contoh yang negatif diperlihatkan oleh ibu bapa kepada anak-anak, seperti pertengkaran, maki hamun serta penderaan suami terhadap isteri bukan sahaja akan menjejaskan perkembangan jiwa anak-anak, tetapi juga akan menjejaskan hubungan dalam kalangan anak-anak. Mereka juga akan sentiasa bertengkar dan tidak menghormati satu sama lain. Jika hal ini terjadi, rumah akan menjadi neraka kepada anak-anak. Apabila kebahagiaan di rumah tidak dapat dinikmati, maka anak-anak akan berusaha mendapatkannya daripada kawan-kawan dengan berpelesiran serta melepak di pusat-pusat beli belah. Adalah lebih malang lagi jika apabila anak-anak itu berumah tangga kelak, mereka akan mengulangi sejarah yang tidak berkesudahan yang telah diwarisi oleh mereka daripada kedua-dua orang tua mereka.
  • Bapa borek anak rintik merupakan peribahasa yang sering berlegar-legar dan bermain-main di segenap kehidupan harian rakyat Malaysia. Daripada realiti ini, dapatlah kita katakan  bahawa ibu bapa perlu menunjukkan teladan yang baik. Walau bagaimanapun, terdapat juga ibu  bapa yang berperangai buruk dan menunjukkan sikap negatif seperti merogol, mendera dan sebagainya. Dalam konteks ini, ibu bapa perlu menjadi entiti mithali kepada anak-anak yang masih belum keras ubun-ubunnya sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.Sejak kecil lagi, ibu bapa perlu menampilkan sikap penyayang kepada anak-anak. Sebagai contoh, ibu bapa boleh membawa anak-anak menziarahi orang tua di kampung. Lama-kelamaan anak-anak akan mengikut tabiat yang positif ini dan masyarakat yang penyayang akan dapat dilahirkan. Tegasnya, peranan ibu bapa amat penting dalam melahirkan masyarakat yang  penyayang.

                                 Related image


                            

                                 Image result for keluarga bahagia images


  • ISI KEDUA
PERANAN AYAH DALAM KELUARGA




Peranan ayah untuk anak dalam keluarga adalah sebagai penyeimbang hubungan anak dengan orang tua baik ayah ataupun ibu. Mengingat keadaan sosial saat ini yang biasa membuat ayah semakin banyak berfikir dan fokus untuk memenuhi dari sisi kewangan keluarga biasa membuat hubungan tidak seimbang antara anak dengan orang tua.

Peranan Ayah untuk anak dalam keluarga hanyalah pada pokok komunikasi selain pada sisi kewangan.Ertinya bahawa ayah biasa membangun sebuah hubungan dengan anak dalam berbagai bentuk komunikasi yang terjadi sesuai dengan usia anak.

Dalam membangun kecerdasan emosional anak,peranan ayah juga sangat diharapkan. Komunikasi yang terjalin dengan baik biasa memberikan manfaat yang baik terhadap anak.

Mendekatkan diri pada anak biasa dilakukan dengan beberapa cara seperti:

    *Meluangkan waktu yang cukup untuk keluarga
    *Bermain dengan anak
    *Memberikan keteladanan dengan bijaksana
    *Mengakui kesalahan, meminta maaf dan mengucapkan terima kasih kepada         anak
    *Menjadi penyemangat dan pendukung anak
    *Menjadi pendengar yang baik jika anak sedang mengutarakan permasalahannya
    *Menghindari tindakan kasar yang merugikan fizik dan psikologi anak
    *Mengajak anak untuk berolah-raga dan tamasya
    *Kenali siapa teman anak Anda
    
     
Ayah adalah bahagian yang tidak terpisah dalam keluarga. Keluarga bukan hanya urusan para Ibu, sementara urusan Ayah adalah mencari nafkah. Pembahagian peranan yang kukuh antara Ayah dan Ibu tidak memadai dan bukan zamannya lagi. Baik Ayah maupun Ibu, semuanya menjalani peranan-multi di dalam keluarga.

Ada 4 peranan Ayah di dalam keluarga. Peranan itu adalah:

1. (Teman bermain)
Sebagai teman bermain, Ayah menjadi teman bermain bagi anak-anaknya. Permainan membuat anak merasa nyaman dan menjadi saranan membangun ikatan. Semakin sering Ayah bermain dengan anak, biasanya semakin berkualiti  mental anak.

2.(Sebagai pendidik dan pengasuh)
Seorang ayah yang baik juga harus bisa berperan sebagai guru. Guru itu berarti sumber pengetahuan bagi anak. Peranan penting Ayah sebagai guru bukan hanya untuk mentransfer pengetahuan, tetapi juga untuk memelihara rasa keingintahuan anak.

Bidang-bidang yang biasanya dikuasai Ayah dan lebih baik dari Ibu adalah pelajaran ABCD (Ally/sekutu, Boundaries/batas, Challenge/tentangan, Dreams/mimpi).

3.(Pelindung)
Setiap Ayah pasti memiliki naluri untuk melindungi anaknya sejak lahir. Tapi fungsi Ayah sebagai pelindung bukan hanya itu. Justeru, yang terpenting adalah mengajarkan anak-anak untuk melindungi dirinya sendiri kerana orang tua tidak mungkin berada bersama mereka setiap waktu.

4.(Mitra)
Sebagai partner, fungsi Ayah bukanlah mendukung Ibu dalam pengasuhan anak, tetapi. Ertinya, Ayah memiliki hak dan tanggungjawab yang sama dengan Ibu.

Sebagai mitra, Ayah tidak boleh hanya berharap dan bergantung pada Ibu, tetapi juga terlibat aktif. Ayah juga memiliki hak untuk bermain bersama anak, tidak hanya berfungsi sebagai “bad cop” untuk menakut-nakuti anak.




  • ISI KETIGA
              PERANAN IBU DALAM KELUARGA 

Peranan Ibu dalam Keluarga dan fungsi seorang ibu adalah sebagai “tiang rumah tangga” amatlah penting bagi terselenggaranya rumah tangga yang sakinah yaitu keluarga yang sehat dan bahagia, kerana di atas yang mengatur, membuat rumah tangga menjadi syurga bagi anggota keluarga, menjadi mitra sejajar yang saling menyayangi bagi suaminya. Untuk mencapai ketentraman dan kebahagian dalam keluarga dibutuhkan isteri yang shaleh, yang dapat menjaga suami dan anak-anaknya, serta dapat mengatur keadaan rumah sehingga tempat rapih, menyenangkan, memikat hati seluruh anggota keluarga.

Para ibu, harus bekerja keras mendidik anak dan mengawasi tingkah laku mereka dengan menanamkan perilaku terpuji serta tujuan-tujuan mulia, adapun tugas-tugas para ibu mendidik anak-anaknya iaitu :

1) Para ibu harus membiasakan perbuatan-perbuatan terpuji pada anak.

2) Para ibu harus memperingatkan anak-anak mereka akan segala kejahatan dan     kebiasaan buruk,perilaku yang tidak sesuai dengan kebiasaan sosial dan               agama.

3) Para ibu harus memiliki kesucian dan moralitas sebagai jalan pendidikan untuk     putra-putri mereka.

4) Para ibu jangan berlebihan dalam memanjakan anak.
     
5) Para ibu harus menanamkan pada anak rasa hormat pada ayah mereka.
   
6) Para ibu jangan pernah menentang suami, sebab akan                                           menciptakan aspek kebencian dengan kedengkian satu sama lain.

7) Para ibu harus memberitahu pada kepala keluarga setiap                                       penyelewengan tingkah laku anak-anak mereka.
   
8) Para ibu harus melindungi anak dari hal-hal buruk menggoda serta dorongan-       dorongan perilaku anti sosial.
   
9) Para ibu harus menghilangkan segala ajaran yang dapat mencederai kesucian     serta kemurnian atau meruntuhkan moral dan etika seperti buku-buku novel.

10) Para ibu harus memelihara kesucian dan perilaku terpuji. 

11) Para ibu bertanggungjawab menyusun wilayah-wilayah mental serta sosial           dalam pencapaian kesempurnaan serta pertumbuhan anak yang benar.Sejumlah kegagalan yang terjadi diakibatkan oleh pemisahan wanita dari fungsi-fungsi dasar  mereka.

Ibu-ibu yang sering berada di luar rumah yang hanya menyisakan sedikit waktu untuk suami serta anak-anak telah menghilangkan kebahagian anak, menghalangi anak dari merasakan nikmatnya kasih sayang ibu, sebab mereka menjalankan berbagai pekerjaan di luar serta meninggalkan anak disebahagian besar waktunya.


 
                                                
            
  • ISI KEEMPAT
       PERANAN ANAK DALAM KELUARGA



Salah satu peranan yang prioriti anak untuk menjamin kebahagiaan keluarga adalah bersahsiah mulia dan berbudi bahasa. Hal ini demikian kerana tingkah laku anak yang sopan dapat melegakan ibu bapa yang menghadapi pelbagai persaingan dalam kerjaya mereka. Hal ini selaras dengan peribahasa, “ yang merah itu saga, yang kurik itu kundi, yang baik itu bahasa, yang indah itu budi.” Sehubungan dengan itu, setiap anak perlu sentiasa bertutur dengan lemah lembut dan berhemah tinggi untuk melayani ibu bapa mereka. Kita tidak patut bertengkar dengan adik-beradik sehingga merisaukan orang tua kita. Sebagai jantung hati ibu bapa, anak hendaklah bersalam kepada orang tua dan mesti meminta kebenaran daripada mereka sebelum membuat sesuatu keputusan. Kata-kata hikmat harus sentiasa tertanam dalam bibir anak, seperti “ terima kasih”, “maafkan saya”, “bolehkah saya”, “tolong” dan lain-lain lagi. Segala penat lelah ibu bapa akan reda ketika menghadapi anak mereka yang berperangai murni . Tegasnya, tingkah laku anak yang berjati diri dan berbudi bahasa dapat meningkatkan keharmonian dalam rumah.
        Selain itu, anak perlu mendukung tanggungjawab untuk meringankan beban ibu bapa dengan melakukan kerja rumah tangga. Pada alaf baru yang sentiasa berkompetitif, kebanyakan ibu telah bekerja di luar di samping memainkan peranan sebagai suri rumah tangga. Senario ini menyebabkan mereka sentiasa menghadapi lambakan kerja yang tidak pernah habis. Sebagai anak yang bertimbang rasa, kita juga patut melakukan kerja-kerja rumah tangga untuk meringankan beban ibu yang disayangi. Sebagai contoh, kita boleh menyapu rantai, mencuci baju dan kasut sekolah , mengelap tingkap, mencuci kereta malah memasak. Semangat berat sama dipikul, ringan sama dijinjing harus diamalkan oleh setiap ahli keluarga. Bagaimanapun, kebanyakan remaja sekarang meremehkan kerja rumah tangga malah keadaan bilik mereka berselerakan. Ibu bapa yang penat dan sibuk dengan kerja rumah tangga pasti tidak mungkin dapat menaruh kasih sayang kepada anak mereka bagai menatang minyak yang penuh. Dengan kata lain, anak yang sanggup melakukan kerja-kerja rumah tangga dapat meningkatkan kualiti kesejahteraan keluarga.
        Di samping itu, salah satu peranan anak adalah menghargai jasa ibu bapa mereka. Nilai kesyukuran perlu ada pada setiap insan. Kata orang yang bijak pandai, “orang yang bersyukur ialah manusia yang bahagia kerana dapat menikmati segala kurniaan-Nya.” Rentetan daripada itu, setiap anak perlu menghargai segala nikmat yang diperoleh. Mereka perlu mengenang jasa ibu bapa seperti peribahasa, “hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati”. Untuk berterima kasih kepada ibu bapa yang mengasuh, membimbing dan mendidik kita, sebagai anak, kita harus taat dan hormat kepada mereka. Ketika hari jadi ibu bapa, anak boleh membuat kad hari jadi kepada mereka. Anak boleh membeli hadiah kepada ibu bapa dengan wang saku. Kad yang berharga satu dua ringgit itu membawa makna yang tidak ternilai kepada penerima kerana anak itu sedar akan kesusahan dan pengorbanan ibu bapa mereka. Ketika Hari Bapa atau Hari Ibu, adik-beradik boleh menyediakan hidangan yang disukai oleh ibu bapa untuk mengambil hati mereka. Natijahnya, anak perlu menghargai jasa ibu bapa mereka dan berusaha membahagiakan mereka.
       Sementelahan, anak berkewajipan untuk belajar dangan bersungguh-sungguh. Anak yang cemerlang dalam akademik, kokurikulum dan sukan dapat mengharumkan nama keluarga. Ibu bapa akan berasa bahagia dan berpuas hati ketika anak mereka mencapai kejayaan dalam pelajaran. Tidak dapat dinafikan bahawa pencapaian anak merupakan impian setiap ibu bapa. Mereka bekerja keras untuk menyekolahkan anak mereka supaya anak mereka dapat melanjutkan pelajaran ke menara gading. Sebagai pelajar, anak perlu memikul tanggungjawab tersebut dengan belajar bersungguh-sungguh, ibarat genggam bara api, biarlah sampai jadi arang. Kepandaian atau kecerdikan setiap orang adalah berbeza tetapi usaha tangga kejayaan. Jika setiap anak dapat menelaah pelajaran dengan tekun dan teliti, pelajaran mereka pasti dapat menuju ke arah kegemilangan kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Segala usaha yang pahit dapat melahirkan buah yang manis. Kecemerlangan anak dalam pelajaran turut membantu mereka memperoleh biasiswa sehingga meringankan beban ibu bapa untuk menanggung kos pendidikan anak. Dengan kata lain, anak perlu belajar dengan tekun untuk mengharumkan nama keluarga.
     Secara tuntasnya, anak memainkan peranan yang penting untuk membahagiakan keluarga mereka. Anak yang bersopan, bertanggungjawab, berdisiplin, rajin dan menghargai jasa ibu bapa dapat mencambahkan keluarga yang sakinat. Walau bagaimanapun, setiap anggota keluarga perlu bermuafakat seperti peribasasa, “bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat” untuk mewujudkan institusi kekeluargaan yang utuh dan sejahtera. Atas persefahaman dan kerjasama setiap anggota keluarga, progaram “Rumahku, Syurgaku” dan “Semakin Hari Semakin Sayang” baru dapat direalisasikan.



                                     
               



                     
                                 





















  
                                             










                                        
                               
CARA-CARA MEMBENTUK KELUARGA BAHAGIA
Pada pandangan saya, semua ibu bapa wajar melengkapkan diri dengan ilmu mendidik anak-anak agar dapat membentuk sebuah keluarga bahagia. Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan dalam membentuk sebuah keluarga bahagia.
Cara yang utama dalam membentuk sebuah keluarga bahagia ialah dengan mengamalkan nilai sayang-menyayangi dalam keluarga. Sesungguhnya, nilai sayang­menyayangi ini akan merapatkan hubungan kekeluargaan. Oleh itu, ibu bapa mesti menyayangi anak-anak sepenuh hati. Manakala anak-anak juga mesti menyayangi ibu bapa mereka dengan sepenuh hati di samping mendengar segala nasihat mereka.
      Selain itu, dalam keluarga mesti ada sikap menghormati antara ahli keluarga. Sikap hormat-menghormati ini akan dapat mengelakkan konflik dalam keluarga. Oleh itu, anak­anak mesti menghormati ibu bapa pada setiap masa dengan tutur kata dan perbuatan yang balk. Anak yang lebih muda pula wajar menghormati abang atau kakak yang lebih tua.
     Kesihatan ahli keluarga juga memainkan peranan penting dalam membentuk keluarga bahagia. Ibu bapa mesti memastikan kesihatan ahli keluarga berada dalam keadaan yang baik. Aka terdapat ahli keluarga yang sakit, ibu bapa mesti segera membawa mereka ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Aspek kebersihan dalam rumah dan persekitaran juga perlu diambil berat oleh ibu bapa dan anak-anak.
     Selain menyediakan keperluan asas, ibu bapa juga mesti memberikan pelajaran kepada anak-anak. Pelajaran amat penting kepada anak-anak kerana anak-anak yang berpelajaran tinggi akan mendapat pekerjaan yang baik. Ibu bapa juga perlu memberikan anak-anak pendidikan agama dan moral bagi membentuk sahsiah diri yang baik. Sesungguhnya, keluarga yang berpelajaran tinggi dapat membantu pembangunan negara.
     Keluarga yang bahagia akan dapat dibentuk jika keselamatan anggota keluarga terjamin. Oleh itu, ibu bapa perlu memastikan keselamatan anak-anak terjaga ketika berada di rumah mahupun di luar rumah. Keselamatan harta benda keluarga juga perlu dijaga dengan balk. Kemalangan yang berlaku bukan sahaja akan menyusahkan anak-anak tetapi juga turut menyusahkan ibu bapa.
      Pembentukan keluarga yang bahagia akan memberikan kesan positif kepada masyarakat dan negara. Pada pendapat saya, dalam membentuk sebuah keluarga bahagia, ibu bapa dan anak-anak mesti saling memahami dan bertanggungjawab. Pihak kerajaan juga boleh memainkan peranan dalam membentuk keluarga bahagia dengan mengadakan Kempen Keluarga Bahagia melalui media massa seperti stesen televisyen dan radio.

                                          Image result for keluarga bahagia images

                                           Related image
                                                           
PENGAJARAN DAN KESAN DARIPADA TOPIC



  • Pengajaran yang dapat diperoleh daripada topik ini ialah keluarga merupakan aspek yang paling penting dalam sesebuah keluarga. Kita hendaklah memainkan peranan penting untuk melahirkan keluarga yang bahagia dan harmoni. Pengajaran yang terdapat daripada topik ini ialah kita perlu mempunyai sikap kasih sayang terhadap keluarga untuk melahirkan keluarga yang bahagia. Akhirnya,setiap manusia perlu mempunyai sikap tolak ansur untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Tanpa kerjasama setiap anggota keluarga impian untuk melahirkan keluarga bahagia tidak akan dicapai.

           Image result for keluarga bahagia images
                                    RUJUKAN


  • http://rahsiakeluargabahagia.blogspot.com/

  • http://www.wom.my/keluarga/keluarga-bahagia-dunia-akhir

  • www.jomria.com/.../langkah- membentuk-keluarga -ba

  • www.keluargabahagia2u.blogspot.com/


KESIMPULAN

  • Keluarga yang harmoni dan bahagia hanya akan dapat diwujudkan jika setiap individu yang menganggotainya telah melalui pelbagai proses pemupukan kejiwaan yang berkesan sejak kecil. Kesediaan setiap anggota untuk bersedia berkorban dan bertolak ansur sesama mereka akan memudahkan proses pemupukan keluarga harmoni dan bahagia ini. Sesungguhnya keluarga bahagia merupakan asas pembentukan masyarakat yang penyayang dan masyarakat yang maju. Jika pincang keluarga maka pincanglah masyarakatnya. Semoga impian negara untuk mewujudkan masyarakat yang penyayang akan dapat direalisasikan demi kebaikan bersama. 
   



           


Image result for gambar keluarga bahagia








                             Related image